Tuesday 29 November 2016

BAHANA OBSESI KULIT PUTIH DENGAN MENGGUNAKAN PRODUK PEMUTIH MENGANDUNGI BAHAN TERLARANG


SERIK. Itu perkataan tepat untuk menggambarkan betapa menyesalnya Norhidayu Ayof, 29, yang pernah mengalami kesan buruk pada kulit wajah akibat memakai produk pemutih mengandungi bahan terlarang.

Dek kerana obses mahu memiliki kulit wajah yang putih dan mulus, Norhidayu akhirnya terpaksa akur apabila selepas sebulan menggunakan produk pemutih itu, mukanya bertukar menggerutu dengan jerawat yang teruk.

“Pada mulanya, kulit muka saya mengelupas. Tetapi selepas tiga bulan, kulit muka jadi cantik, licin dan mulus.

“Namun tidak lama apabila jerawat mula tumbuh. Jerawat yang kecil dan ada nanah. Saya mula risau melihat keadaan itu,” kata Norhidayu ketika ditemui Utusan Malaysia Sabtu.

Kata eksekutif jualan itu, semasa mukanya bertambah teruk,pelbagai usaha dilakukan bagi memulihkan wajahnya.

“Pada mulanya, saya mahu jumpa pakar kulit. Tetapi sebelum itu, saya mahu cuba produk berasaskan bahan semula jadi terlebih dahulu. Hasilnya, masalah kulit semakin berkurangan,” ujarnya.

Katanya, dia kini serik menggunakan produk pemutih yang dipasarkan dengan menggunakan iklan hebat dan berpengaruh.

Ditanya apa mendorongnya menggunakan produk pemutih itu, Norhidayu berkata, dia ingin kelihatan putih dalam masa singkat. Namun setelah menderita akibat penggunaan produk pemutih yang mengandungi bahan terlarang, persepsinya terhadap kecantikan wanita berubah sama sekali.

“Kini, saya hanya mahu memiliki kulit wajah yang mulus tanpa sebarang cela. Tipu, jika saya katakan tidak mahu wajah putih. Tetapi, apa guna jika ia memudaratkan kesihatan.

“Lebih baik berkulit gelap dengan wajah licin tanpa jerawat atau kesan lain akibat menggunakan krim pemutih beracun,” katanya.

Beliau menasihatkan wanita agar menggunakan produk yang telah diuji secara klinikal, selamat dan berkesan.

“Walaupun produk seperti itu tidak memutihkan kulit secara pantas tetapi selamat,” katanya.

Dalam pada itu, Aisha Affendee, 22, mengalami masalah kulit berjerawat dan sensitif selepas menggunakan produk dibeli daripada seorang rakannya yang merupakan pengusaha produk kosmetik.

Pada awalnya dia tiada masalah kulit, namun disebabkan terpengaruh dengan kecantikan wajah rakannya yang semakin berseri hasil penggunaan produk berkenaan, dia terus mencubanya.

Menurutnya, pada awal penggunaan produk itu selama sebulan, hasilnya menampakkan kesan positif iaitu wajah semakin cerah.

“Namun, putih yang kelihatan itu nampak lain macam atau tak asli. Tidak lama kemudian, kulit saya menjadi sangat kering, sekali gus mendorong saya menghentikan penggunaan produk tersebut. Selepas itu, jerawat mula tumbuh dalam jumlah yang banyak di bahagian dahi. Muka pula seperti ‘terbakar’.

“Akhirnya saya berjaya pulihkan semula masalah jerawat dengan menggunakan produk bersumberkan bahan organik,” katanya.

sumber : http://m.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/bahana-obsesi-kulit-putih-1.403665#sthash.yNaVpEUo.dpuf

Note:

🍃 Nature White Serum diekstrak dari bahan-bahan semulajadi
🍃 Tidak dicampur langsung dengan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri, paraben, hidrokuinon dll
🍃 Nature White Serum selamat & terbukti berkesan
🍃 KELULUSAN KKM: NOT161104047K

Whatsapp : 017 - 340 1483
Instagram : @naturewhite_baim
Facebook : Serum Putih Ajaib
Facebook : Ibrahim tambri

No comments:

Post a Comment